Transcription

BAB 1PENDAHULUAN1.1PENGENALANSolat merupakan perkara penting dan menjadi paksi utama keimanan seseorangmukmin. Ibadat solat merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap duakalimah syahadah.1 Ia adalah tiang agama yang telah difardukan ke atas orang Islamyang mukallaf. Pendidikan solat bermula dari zaman kanak-kanak yang berusia tujuhtahun dan dipukul pada umur sepuluh tahun jika tidak melakukan solat.2 Sesiapa yangmeninggalkan solat seolah-olah dia merobohkan agama. Kewajipan solat tersebutboleh didapati melalui banyak dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadith. Perintah untukmenjaga solat amat-amat dititik beratkan sebagaimana firman Allah S.W.T: Al-Baqarah 2:238Maksudnya:Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna padawaktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang amsembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.12Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah (Kaherah: Dar al-Diyan,1990), 1: 86Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami Wa Adillatihi (Damsyik: Dar al-Fikr, 1989), 1: 654.1

Al-Nisa’ 4:103Maksudnya:Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yangdiwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentuwaktunya. Al-Bayyinah 98:5Maksudnya:Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembahAllah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh diatas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang sertamemberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.Daripada maksud ayat tersebut, jelas menunjukkan bahawa solat adalah satuketetapan yang mesti dilakukan dan diambil perhatian serius oleh setiap mukallaf.Tambahan pula, ia merupakan amalan yang pertama sekali dihitung. Hal ini telahdisebut oleh Rasulullah dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A: ه لعبد لتاه فان كان أكملها ولال قال لهلل عز وجل لنظرول أول ما حياب عبد ي من هطوع فان وج ع هطوع قال أكملول ه لعفريضة 2

Maksudnya:“Amalan yang mula-mula dihisab (diperhitungkan) daripadaseseorang hamba pada hari kiamat ialah solat jika sempurnasolatnya. Jika tidak, Allah berfirman : Lihatlah kepada solat-solatsunat yang dikerjakan oleh hambaku ini jika ada yang sunatsempurnakanlah solat-solat fardu itu dengan solat-solat sunat”.3Justeru itu, untuk memahami konsep tersebut perlu diterapkan melalui pendidikansebagaimana yang diasaskan oleh Luqman al-Hakim dalam menasihati anaknyasupaya taat kepada Allah seperti mendirikan solat sebagai ibadah yang paling utamadalam mendekatkan diri kepada Allah. Berpandukan firman-Nya dalam surahLuqman, iaitu: Luqman 31:17Maksudnya:"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlahberbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatanyang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yangmenimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkaraperkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.Pendidikan solat kepada anak-anak juga ditekankan oleh Nabi Ibrahim a.s.seperti yang tercatat dalam firman Allah S.W.T. :Hadith riwayat al-Bukhari, Kitab al-Solah, Bab al-Muhasabah ‘Ala al-Solat, no. Hadith 468. Lihat Abu Daud, Sahih Sunan AbuDaud (Kuwait: al-Muassasah Gheras, 2002), 22933

Ibrahim 14:40Maksudnya:“Ya Tuhanku! Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yangtetap mendirikan solat” Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doapermohonanku.Berdasarkan ayat di atas dapat disimpulkan bahawa mendidik anak-anaksupaya taat kepada Allah adalah dengan jalan melaksanakan perintah-Nya.Sesungguhnya Luqman mendidik anaknya agar menunaikan solat dengan sempurna.Pelaksanaan ibadat solat adalah lambang keperibadian seorang muslim sejati yangdapat menghubungkan antara makhluk dan penciptaNya tanpa sebarang perantaraan.4Solat yang sempurna dapat mencegah perbuatan maksiat, keji dan mungkar. Dengansolat juga, manusia dapat mendekatkan diri kepada Allah dan bertaqarrub kepadaNya5.Melalui pendidikan dalam solat yang teratur pasti akan membuahkan kesankesan positif dalam pelbagai aspek kehidupan manusia antaranya aspek kejiwaankerana solat memberikan ketenangan jiwa. Dari segi aspek kesihatan pula, solatmendidik seseorang supaya menjaga kesihatan dan sentiasa cergas serta aktif. Jikadilihat dari aspek akhlak, solat dapat menyedarkan seseorang terhadap kesalahan danmenghapuskan dosa selain mendidik seseorang itu mendisiplinkan waktunya.6Suhanim Abdullah et al.,”Pendidikan Aqidah Luqman Al-Hakim: Satu Analisis Dalam Konteks Pembangunan Modal Insan”(Prosiding Seminar Tamadun Islam Tentang Pembangunan Modal Insan Peringkat Kebangsaan 2006, Universiti Malaya, 2006),2: 358.5Lihat Abdul Rahman Mat Ismail, Roh Sembahyang (Kuala Lumpur : Dar al-Nu’man,1994), 286Abd. Rasyid Hj.Ahmad, “Aspek-aspek Pendidikan Dalam Solat”, Jurnal Usuluddin 2, (Mei 1995), 155-168.44

Penerapan pemahaman tersebut perlu disemai dan dimurnikan lagi melaluisistem pendidikan negara kepada pelajar sekolah rendah agar mereka dapat dididikdengan lebih mantap dan sempurna selari dengan matlamat pendidikan Islam sepertiyang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Islam, iaitu untuk menghasilkan muslimyang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh, dan berakhlak muliaberdasarkan al-Quran dan al-Sunnah seperti berikut:“Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untukmenyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islamberdasarkan al-Quran dan al-Sunnah, bagi membentuk sikap,kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hambaAllah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri,masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan didunia dan kesejahteraan abadi di akhirat”.7Bagi merealisasikan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Islamserta matlamat dan objektifnya, maka Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral (JAPIM),Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan dasar PelaksanaanModel-model j-QAF pada tahun 2005 untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah rendahKementerian Pendidikan Malaysia.8 Pelaksanaan Program j-QAF ini diperkenalkanadalah untuk memperkasakan pendidikan Islam di sekolah rendah yang menekankanbeberapa aspek iaitu aspek penguasaan Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain.Amali solat adalah salah satu komponen yang terdapat dalam model-model program jQAF menerusi Model Kem Bestari Solat (KBS) yang dilaksanakan di luar jadualwaktu persekolahan. Program ini hendaklah dilaksanakan empat kali dalam tempoh7Kementerian Pendidikan Malaysia, Buku Panduan Pelaksanaan Model-model Pengajaran Dan Pembelajaran DanKokurikulum, (Kuala Lumpur: Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, 2004).8KP(BS)8591/Jld.xvii(13) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2004: Pelaksanaan Program j-QAF Di Sekolah Rendah, 30 Disember2004.5

setahun.9 Ia merupakan satu program khusus ke arah melatih pelajar secara praktikalmelaksanakan solat serta latihan kerohanian (tazkiyah al-nafs) seperti wirid dan doa.10Melalui amalan solat lima waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas setiapmukmin, ia menjadi asas kepada lahirnya sifat takwa dalam diri seseorang. Oleh itudalam usaha melahirkan generasi yang berakhlak mulia serta bertanggungjawab,pelaksanaan serta penghayatan solat dalam kehidupan adalah perlu diberi perhatiankhusus.1.2LATAR BELAKANG KAJIANPenekanan pendidikan Islam khususnya pendidikan solat kepada kanak-kanak perludiberi perhatian oleh ibu bapa seawal yang mungkin iaitu pada umur tujuh tahun.11Para ibu bapa perlu menyedari tanggungjawab mereka untuk memastikan anak-anakmelaksanakan solat secara konsisten kerana solat merupakan tonggak utama untukmengisi jiwa anak-anak dengan akidah tauhid.12 Menurut Imam al-Ghazali dalamkitab Ihya’‘Ulum al-Din menyatakan bahawa solat itu tiang agama dan tonggakkeyakinan, menjadi asas kepada pelbagai cara mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.dan menjadi sinar cemerlang untuk berbakti kepadanya.13Solat merupakan satu bentuk peribadatan yang sangat penting dan berfungsiuntuk membentuk peribadi seseorang. Semakin banyak seseorang itu melakukanibadat solat, maka semakin bertambah kukuhlah keimanannya. Oleh itu, pelaksanaan9Ibid., 204.Kementerian Pendidikan Malaysia, Panduan Amali Pendidikan Islam Sekolah Menengah (2002), 1.11Abdullah Nasih ‘Ulwan, Tarbiyyat al-Awlad Fi al-Islam (Kaherah: Dar al-Salam, 2002), 1:11812Muhammad Thalib, Ibu bapa Mithali (Kuala Lumpur: Darul Nukman, 1997), 7713Al-Ghazali, Al-Imam Abi Hamid Muhammad bin Muhammad, Ihya’ Ulumuddin (Beirut: Dar al-Kheir, 1994), 194.106

solat dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar sepertimana firman Allahiaitu: Al-‘Ankabut 29: 45Maksudnya:Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yangdiwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang(dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dariperbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingatiAllah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah)Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.Namun begitu, peranan dan fungsi solat yang menjadi benteng melakukanmaksiat dan kemungkaran semakin dilupakan sejak akhir-akhir ini. Ini dapatdibuktikan melalui hasil kajian yang dilakukan oleh Farihah Hussain dalam kajiannyaterhadap Keruntuhan Akhlak Di Kalangan Remaja: Satu Kajian Di Alor Star. Beliaumendapati tiada penghayatan ibadah khusus terutamanya solat fardu, telahmenyumbang kepada keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Hasil kajian yangdilakukan beliau yang melibatkan responden seramai 250 orang mendapati, bagi tahappelaksanaan ibadah solat fardu hanya 53 orang yang melakukannya cukup lima waktusehari semalam.14 Ini jelas menunjukkan bahawa pengabaian solat fardu adalah faktorberlakunya gejala keruntuhan akhlak di kalangan remaja hari ini.Farihah Hussain, ”Keruntuhan Akhlak Di Kalangan Remaja: Satu Kajian Di Alor Star”, (Disertasi Sarjana Usuluddin,Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2006). 126.147

Berdasarkan daripada hasil tinjauan yang diperolehi, amalan asas fardu ain dikalangan pelajar sekolah masih belum mencapai tahap yang memuaskan hati semuaibu bapa. Terdapat kajian dan laporan yang mengatakan tahap keupayaan amalanfardu ain pelajar-pelajar lepasan sekolah yang masih tidak memuaskan.15 Hal inidibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh Dangiran Haji Mustafa dan Ab.Halim& Zarin yang menyatakan bahawa pelajar masih belum lagi fasih membaca surah alFatihah, solat yang tidak sempurna, wuduk yang masih boleh dipertikaikan, tidakberani dan tidak bersedia untuk menjadi imam solat, masih berani melanggar laranganagama dan sebagainya. 16Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kerana pelbagai pihak sepertiKementerian Pendidikan Malaysia dan jabatan-jabatan agama Islam negeri telahmenyediakan kurikulum pendidikan Islam yang berterusan bermula daripada sekolahrendah sehingga ke sekolah menengah. Malah terdapat juga penilaian yang berterusandalam sistem persekolahan yang dikenali sebagai Penilaian Perkara Asas Fardu Ain(PAFA) dan Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (KAFA)17.Justeru, pelbagai langkah dan kaedah telah dilakukan oleh pihak sekolah bagimenangani masalah ini. Antaranya adalah, memastikan penglibatan sepenuhnya olehmurid dalam program ibadah Solat. Dengan kehadiran murid ke musolla atau surausekolah, dapatlah guru memerhati amalan murid tersebut. Amalan solat ini perludiberi perhatian serius oleh pelbagai pihak kerana kewajipan solat merupakantanggungjawab individu muslim yang paling asas sebelum memenuhi kewajipan laindalam rukun Islam.Safora Juaini et.al.,“Solat dan Penghayatan Akhlak Pelajar Islam Luar Bandar”, Jurnal YADIM 10, (2008), 44.Dangiran Haji Mustafa, “Kertas Kerja Utama Memperkasakan Pendidikan Islam”. (Seminar Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab danFardu Ain j-QAF, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2004).17KP5206/8/70 Jld. 13/ (14) Surat Pekelilng Ikhtisas Bil.4/ 1994: Penilaian Perkara Asas Fardu ‘Ain (PAFA) Dalam UjianPencapaian Sekolah Rendah(UPSR), Penilaian Menengah Rendah(PMR), Dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), 12Mac 1994.15168

Bagi menangani masalah ini, menyedari akan kepentingan solat dalampembangunan modal insan dan pembentukan rohani serta memperkasakan pendidikanIslam, maka pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan ModelKem Bestari Solat (KBS) menerusi program j-QAF di sekolah rendah. Program j-QAFini adalah merupakan idea dan inspirasi YAB Perdana Menteri Dato’ Seri AbdullahHj. Ahmad Badawi ketika melawat Kementerian Pelajaran pada Disember 2003.Beliau telah melontarkan idea kepada menteri dan pegawai-pegawai sertacendekiawan-cendekiawan yang selepas itu telah mengadakan beberapa seminar.Peringkat awal program ini adalah melalui projek rintis selama tiga bulan yang telahdijalankan di 30 buah sekolah seluruh negara pada April, Mei, Jun dan Julai 2004sebelum pelaksanaan sepenuhnya di seluruh sekolah rendah mulai tahun 2005. 18Perkataan j-QAF adalah singkatan kepada j (Jawi), Q (al-Quran), A (BahasaArab), F (Fardu Ain). Objektif utama program j-QAF ini ialah supaya murid-muridIslam sekolah rendah dapat menguasai bacaan dan tulisan jawi (j), khatam al-Quran(Q), menguasai asas bahasa Arab komunikasi (A), mantap dan menghayati amalanfardu ain (F). Bagi mencapai objektif tersebut, empat model pengajaran dan satumodel kokurikulum j-QAF telah dipersetujui untuk dilaksanakan iaitu Model KelasPemulihan Jawi, Model Tasmik Khatam al-Quran, Model 6 bulan Khata